Akhbar Daily Mirror, Daily Express mahu buang 550 pekerja

Iklan
Pembaca Daily Mirror dan Daily Express didakwa telah beralih kepada digital sepanjang musim pandemik Covid-19. - Foto Agensi

LONDON - Reach, sebuah syarikat penerbit akhbar Daily Mirror dan Daily Express di United Kingdom (UK) merancang untuk membuang kira-kira 550 pekerja berikutan musim pandemik koronavirus (Covid-19) menyebabkan pembaca beralih kepada akhbar dalam talian selain kemerosotan pendapatan iklan.

Ketua Eksekutif Reach, Jim Mullen berkata, perubahan struktur dalam sektor media telah meningkat sepanjang pandemik ini yang turut menyaksikan peningkatan penggunaan produk digital syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

"Kekurangan permintaan iklan menyebabkan ketidakseimbangan dalam pendapatan digital," katanya.

Menurutnya, krisis itu juga menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan 12 peratus daripada tenaga kerja yang akan menjimatkan kos tahunan berjumlah 35 juta pound (RM187 juta).

Iklan

Syarikat berkenaan yang turut memiliki beberapa akhbar wilayah di UK memberitahu, penstrukturan semula itu akan turut menanggung kos sebanyak 20 juta pound (RM107 juta).

"Editorial akan beralih kepada struktur pusat yang akan menyatukan seluruh pasukan nasional serta wilayah untuk seluruh bidang cetak dan digital bagi meningkatkan kecekapan di samping mengekalkan identiti editorial jenama berita kami," jelasnya lagi.

Iklan

Selain itu, syarikat itu juga akan beroperasi di kawasan lebih kecil dan pengurusan sederhana.

Tambahnya, pendapatan Reach merosot 27.5 peratus pada suku kedua 2020 kesan daripada kekurangan pengedaran dan pengiklanan. - AFP