Teladan bintang bola jual kasut emas

Iklan
Anugerah Kasut Emas dimenangi Khalid ketika bersama Perak. -Foto: FB Khalid Jamlus

MERAK Jalanan termenung panjang membaca kisah seorang pemain bola sepak tersohor negara suatu masa dahulu yang terpaksa menjual trofi kasut emas yang dimenanginya gara-gara kesempitan hidup.

Bagi seorang yang makan tidur dan hidup matinya bersama bola, keputusan itu tentulah bukan mudah. Trofi tersebut ada prestijnya tersendiri. Ia lambang kehebatan pemiliknya di atas padang.

Iklan
Iklan

Setahu Merak Jalanan, hanya seorang pemain yang merupakan penjaring terbanyak dipilih menerima kasut emas pada penghujung musim pertandingan liga.

Jadi, siapa tidak sayangkan koleksi berharga lebih-lebih lagi jika melibatkan kenangan istimewa.

Iklan

Namun, itulah harga yang perlu dibayar oleh bintang bola sepak tadi untuk meneruskan kehidupan setelah tiga tahun tiada pekerjaan tetap.

Merak Jalanan percaya ramai lagi individu yang pernah berada di puncak kejayaan kini diuji dengan sedikit kesusahan. Hidup ini umpama roda, sekejap di atas sekejap di bawah.

Iklan

Orang kaya jangan ingat tak boleh jatuh miskin, orang berjawatan tidak selama-lamanya kekal berkuasa dan berpengaruh.

Seorang kenalan Merak Jalanan yang hilang kerja dan terpaksa menjual rumahnya menyatakan dia bersyukur kerana masih ada benda yang boleh dijual. Kalau tidak, hidupnya akan bertambah susah.

Pemain bola tadi beruntung kerana ada trofi kasut emas untuk dijual. Orang lain mungkin ada koleksi batang pancing, motosikal RX-Z kain tudung dan lain-lain.

Diri sendiri hilang kerja, anak nak masuk univesiti dan isteri sakit adalah antara situasi yang mungkin menghendaki seseorang menjual barang kesayangannya.

Bila keadaan memaksa, kadangkala kita harus melepaskan koleksi yang dianggap paling berharga, itu pun kalau kita ada.