Bayi baru lahir genggam alat cegah hamil

Iklan
Bayi lelaki tersebut memegang alat pencegah kehamilan IUD yang dipakai ibunya dua tahun lalu di Hanoi, Vietnam.

HANOI - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.

Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

Iklan

"Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.

Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.

Iklan

Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur. - Agensi