Jackie tak sabar baling tukul besi

Iklan
Mohd Manshahar

"DI HOSPITAL pun Jackie berlatih, ini membuktikan dia tidak pernah patah semangat kembali memulakan latihan di trek bersama atlet olahraga lain.”

Itu perkongsian terkini ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, mengenai status atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang bersemangat untuk memulakan kembali latihan di trek.

Iklan
Iklan

Menurut Manshahar, semangat kental dipamerkan atlet berusia 27 tahun dari Sarawak itu menjadi motivasi kepada atlet kem olahraga negara lain selepas sesi latihan ditangguhkan sejak 18 Mac lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jackie akan menjalani latihan sama seperti atlet lain, tiada perbezaan lagipun dia begitu teruja untuk kembali berlatih selepas negatif Covid-19. Orang macam Jackie ini semangat dia tinggi kerana dia mempunyai sikap tidak pernah berputus asas untuk memberikan yang terbaik untuk negara.

Iklan

"Saya pun ada berbincang dengan coach Jackie menerusi sidang video yang memaklumkan anak buahnya itu sudah bersedia untuk kembali ke trek. Jackie pun sudah post di Facebook dia memaklumkan doktor sudah memaklumkan bahawa dia sudah fully recover dan mendapat kebenaran untuk berlatih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Mohd Manshahar mengesahkan bahawa seramai 34 atlet olahraga melibatkan 24 atlet Program Podium dan 10 atlet pelapis sudah menjalani ujian calitan Covid-19 di Casa Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil awal pagi semalam.

Iklan

"Secara keseluruhan, semua atlet olahraga tidak hanya memberikan sepenuh kerjasama tetapi juga teruja untuk kembali ke rutin harian mereka sebelum ini. Semuanya berjalan dengan lancar dan saya gembira dengan semangat dan komitmen diberikan semua atlet untuk menjalani latihan dalam suasana normal baharu.

"Cumanya Jackie dan Nixson Kennedy sahaja yang belum menjalani ujian calitan kerana mereka baharu sampai dari Sarawak jam 2 petang tadi (semalam), mereka berdua akan menjalani ujian calitan pada pagi esok (hari ini),” katanya.

Mohd Manshahar memaklumkan bahawa beberapa atlet yang menjalani latihan di negeri seperti Muhammad Azeem Mohd Fahmi (Perak), Rayzam Shah Wan Sofian (Sabah) dan empat lagi atlet termasuk Muhammad Haikal Hanafi serta Khairul Hafiz Jantan (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail) di bawah kendalian jurulatih Mohd Poad Md Kassim sudah pun menjalani ujian calitan kelmarin.