Jangan cepat melatah

Iklan
Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

AWANG memang tak setuju dengan laporan stesen TV Al Jazeera tentang hal layanan kita terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI). Laporan itu menyebut tindakan kita terhadap PATI semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah rasis dan tidak berperikemanusiaan. Awang pun marah juga dengan laporan yang tidak tepat itu.

Kita dah lihat reaksi daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Tuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hal itu. Lepas itu Menteri Kesihatan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia pun komen juga. Awang nak tanya, bila masanya laporan media asing berpihak pada kita selama ini?

Iklan
Iklan

Dari zaman kita baru merdeka sehinggalah era pembangunan pesat semasa zaman Tun Mahathir, media asing memang pandang serong pada kita. Dalam soal Dasar Ekonomi Baru (DEB) hinggalah sewaktu krisis ekonomi tahun 1990-an, mereka sengaja putar belit kenyataan.Jangan harap mereka nak puji langkah kerajaan tangani isu Covid-19. Jauh sekali.

Berbuat bising memarahi Al Jazeera tak banyak gunanya, malah semakin menaikkan nama dan perhatian pada laporan mereka. Dalam soal media, semakin sesuatu isu diuar-uarkan, semakin baik bagi sumber berita berkenaan. Itu pun yang mereka mahukan.

Iklan
Iklan

Awang setuju sangat dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tuk Seri Hamzah Zainuddin yang kata, KDN tak ambil serius laporan Al Jazeera itu. Kata beliau, apa yang penting, kerajaan buat yang terbaik atas lunas undang-undang yang betul. Itulah bezanya antara menteri yang berpengalaman dengan yang tidak.