Pakistan bimbang penularan wabak Covid-19 meluas pada Aidiladha

Iklan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet memutuskan untuk menyambut perayaan itu di rumahnya dan mahu rakyat mengambil pendekatan sama. - Foto 123RF

ISLAMABAD - Pakistan menjangkakan penularan wabak koronavirus (Covid-19) mungkin akan lebih meluas semasa sambutan Hari Raya Aidiladha, kata Menteri Penerangan Shibli Faraz, lapor agensi berita Xinhua.

Justeru katanya, orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Iklan
Iklan

Shibli berkata, Perdana Menteri Imran Khan yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet juga memutuskan untuk menyambut perayaan itu di rumahnya dan mahu rakyat mengambil pendekatan sama.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pasar menjual hasil ternakan dibuka tetapi di bawah SOP yang ketat untuk mengelakkan kawasan itu menjadi tempat penularan wabak. - Bernama

Iklan
Iklan