'Jangan jadi tali barut media asing'

Iklan
Kenyataan Fahmi di laman Twitter miliknya.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil digesa bersatu hati mempertahankan kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa stesen TV Al Jazeera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin tindakan Fahmi yang meluahkan rasa kesal di laman Twitter miliknya kononnya kerajaan memberi tekanan kepada warga media termasuk Al Jazeera satu tindakan bodoh dan tidak patriotik.

Iklan
Iklan

"Sejak ia tular di media sosial, ratusan ribu rakyat Malaysia yang sedar akan perkara ini telah bersatu hati menentang tindakan stesen TV berkenaan yang memfitnah Malaysia dalam mengendalikan pendatang asing tanpa izin (PATI) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Adalah amat tidak wajar bagi seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) membuat kenyataan kononnya kesal dengan tindakan Menteri Kanan Keselamatan yang memberi amaran keras supaya Al Jazeera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh memberikan imej buruk kepada negara dan keyakinan pelabur asing terhadap pentadbiran kerajaan sekarang ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, stesen TV yang berpangkalan di Doha, Qatar itu perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan perkauman terhadap warga asing ketika koronavirus (Covid-19) kerana ia jelas tidak wajar, mengelirukan dan berniat tidak baik.

Iklan

Laporan bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' berdurasi 25 minit 50 saat yang disiarkan itu tidak tepat sama sekali serta terpesong daripada keadaan sebenar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion.

"Mungkinkah saudara Fahmi sudah lupa China Global TV Network telah meletakkan Malaysia di antara tiga negara yang terbaik menangani Covid-19," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman panggil Al Jazeera