AS sah tarik diri daripada WHO

Iklan
Donald Trump, Dr Tedros Adhanom

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan kepada setiausaha agung negara itu menarik diri daripada WHO berkuat kuasa pada 6 Julai 2021.

"AS adalah anggota WHO sejak 21 Jun 1948. Penyertaan AS itu diterima Majlis Kesihatan Sedunia dengan syarat-syarat tertentu ditetapkan AS yang akhirnya menarik diri. Syarat itu termasuk memberi notis setahun dan memenuhi sepenuhnya bayaran kewangan yang wajib.

Iklan
Iklan

"Setiausaha Agung sedang dalam proses untuk mengesahkan dengan WHO sebagai pendeposit, apakah semua syarat menarik diri itu dipenuhi," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric. - Bernama