'Superman' diperintah jalani khidmat masyarakat 120 jam

Iklan
Mereka yang bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera itu turut diperintah membayar cagaran RM2,000 dengan satu penjamin selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen selama dua tahun.

KUALA LUMPUR - Dua remaja yang menunggang motosikal secara melulu sambil membuat aksi 'Superman' diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohammad Amirul Ikmal Abdul Sham, 20 dan Muhammad Zahiruddin Anuar, 19, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Iklan
Iklan

Mereka yang bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera itu turut diperintah membayar cagaran RM2,000 dengan satu penjamin selain hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen selama dua tahun.

Lesen percubaan Muhammad Zahiruddin pula dibatalkan.

Iklan

Dua tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada jam 2.23 pagi, 20 Mei lalu.

Iklan

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dijatuhi hukuman yang minimum.

Berdasarkan fakta kes, remaja itu ditahan selepas pihak polis yang melakukan Op Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE ternampak motosikal yang ditunggangnya secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi 'Superman'.