Empat individu dari Al Jazeera diarah tampil beri keterangan

Iklan
Dokumentari Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar notis kepada empat individu dari Al Jazeera untuk tampil membantu siasatan berhubung agensi berita itu yang didakwa membuat laporan tidak tepat berkenaan layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu yang dipanggil terdiri daripada pengarang, penyunting, wartawan dan jurukamera.

Iklan
Iklan

"Sehingga kini mereka (Al Jazeera) masih belum menyampaikan maklum balas mengenai kehadiran mereka, namun proses rakaman percakapan dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

"Berkemungkinan mereka bakal hadir untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dalam minggu ini atau minggu depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

1

Iklan

Mior Faridalathrash berkata, selain itu lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir, 25, turut dikesan bagi membantu siasatan.

"Lelaki itu telah ditemuramah dalam wawancara video dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown', berdurasi hampir 26 minit disiarkan pada 3 Julai lalu," katanya.

Iklan

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya menerima lima laporan polis mengenai tindakan Al Jazeera yang membuat liputan tidak tepat berkenaan layanan terhadap warga asing ketika negara memerangi pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Jazeera hilang integriti dengan laporan berat sebelah

Laporan yang tidak berasas dan berat sebelah itu telah menimbulkan kegusaran serta kebimbangan majoriti rakyat negara ini seolah-olah kerajaan begitu berlembut dengan pihak berkenaan apabila mereka menyiarkan berita tidak benar tentang kejayaan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (menghasut), Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.