Tiga lelaki ditahan bersama lebih 300 gram dadah

Iklan
Rampasan dadah hasil tangkapan tiga lelaki tempatan di sekitar kawasan Felda Trolak Timur, Sungkai.

TANJUNG MALIM - Tiga lelaki dipercayai penagih berjaya diberkas bersama 338.54 gram dadah dalam serbuan berasingan di kawasan Felda Trolak Timur, Sungkai di sini.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendi Sulaiman berkata, serbuan pertama dilakukan Isnin lalu menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 30 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tangkapan pertama pada jam 7 pagi berjaya merampas dua paket lutsinar dan enam tiub straw berisi serbuk dadah dipercayai heroin seberat 17.5 gram dan dua paket lutsinar disyaki methamphetamine seberat 1.64 gram.

"Tangkapan dibuat pada jam 9 pagi hari yang sama pula telah merampas 230.5 gram dadah jenis heroin dan 32.8 gran dadah jenis syabu yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM5,000.

Iklan

"Kedua-duanya didapati positif dadah ketika ujian air kencing dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejayaan dua kes itu membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki tempatan berusia 31 tahun, hari ini bersama 56.1 gram dadah jenis heroin.

Iklan

"Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama," katanya.