SHAH ALAM - Parti Perpaduan Nasional (PPN) yang telah di daftarkan pada 23 jun 2018 meminta kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya mempercepatkan kelulusan parti tersebut.
Setiausaha Agungnya Yahya long Ali berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu kelulusan dan berharap agar ia disegerakan.
Jelasnya, maklum balas yang mereka terima daripada ROS bahawa semua perkara berkaitan pendaftaran tiada masalah dan permohonan sekarang masih dalam tapisan KDN untuk semakan akhir.
"Sehubungan itu kami merayu kepada Pihak KDN untuk sebarang maklum balas jika ada perkara yang perlu di perbetulkan untuk tujuan kelulusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PPN yang sebelum ini di wujudkan di peringkat NGO banyak memainkan peranan oleh itu katanya, hasrat ahli mahukan NGO ini menjadi sebuah parti.
"Kelulusam PPN adalah amat penting untuk kami bergerak secara sah. Kewujudan PPN bukanlah untuk menyaingi parti besar sedia ada di negara ini tetapi lebih kepada penyatuan dan perpaduan kaum yang telah di bina selama ini melalui pentas Badan bukan Kerajaan atau pun NGO," katanya .
Jelasnya, PPN akan mewarnai kancah politik tanah air dengan membawa suara rakyat di semua peringkat kepada pihak pemerintah dan pembangkang jika ada perkara yang terlepas pandang serta bersama semua pihak untuk membangunkan negara ini
Visi dan misi perjuangan PPN adalah untuk membawa suara rakyat kepada pemerintah sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, memperjuang kepentingan awam, memperjuangkan isu kemanusiaan, ekonomi, politik, budaya dan sebagainya untuk kesejahteraan rakyat.
PPN akan bergerak bersendirian tanpa memihak kepada mana-mana pakatan politik sedia ada supaya lebih bebas untuk membawa suara rakyat.