Perluas fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas

Iklan
Nik Nazmi

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berharap agar Jawatankuasa Pilihan Khas dapat diteruskan dan dikembangkan lagi fungsinya memandangkan jawatankuasa sedia ada itu masih tidak mencukupi untuk setiap portfolio kementerian.

Beliau berkata, dengan adanya jawatankuasa itu juga perbahasan di Parlimen akan menjadi lebih fokus dan berkualiti.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa ini dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan yang dianggotai wakil pihak kerajaan, whip kerajaan dan wakil daripada ketua pembangkang yang akan menentukan perjalanan Parlimen.

"Speaker Dewan Rakyat akan menjadi pengerusi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas ini, jadi sekiranya peranan Jawatankuasa Pilihan Khas ini dihadkan maka kami sebagai ahli-ahli Parlimen pun akan menjadi tempang malah peraturan mesyuarat itu pun boleh dipinda dan sebagainya.

Iklan

"Sememangnya Speaker memainkan peranan penting walaupun akhirnya dewan yang akan meluluskan sesuatu perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, amalan pertukaran Speaker tidak boleh ditamatkan memandangkan ia adalah amalan yang terbaik kerana memberi peluang kepada kerajaan semasa untuk membuat keputusan siapakah yang akan menjadi Speaker di Parlimen.

Iklan

"Apa yang lebih penting sebenarnya adalah kesedaran dalam kalangan semua ahli Parlimen tentang tugas sebenar Speaker dalam memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk bercakap dan memberi usul pada sidang di Parlimen dan ini yang perlu diberi penekanan sebenarnya,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Dr Nik Ahmad Kamal berkata, ahli Parlimen juga perlu tahu bahawa Speaker juga perlu memberikan mereka ruang untuk membentangkan usul-usul meminda undang-undang atau memperkenalkan rang undang-undang baharu dan sebagainya.