Tiada diskriminasi dalam pengendalian Covid-19

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan mengendalikan saringan koronavirus (Covid-19) ke atas warga asing dengan adil di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan separa PKPD.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada diskriminasi berdasarkan kerakyatan sama ada warga tempatan, pendatang asing yang masuk secara sah atau tanpa dokumen kerana semua mereka disaring dan menerima rawatan yang sama di hospital.

Iklan
Iklan

"Boleh tak anda bayangkan kesan penularan 277 kes wabak itu di dalam komuniti berbanding dari dalam Depot Tahanan Imigresen (DTI)? Hari ini kita berjaya mengawal penularan di dalam DTI tetapi jika ia merebak di dalam komuniti, sebenarnya wabak itu akan menular kepada orang lain.

"Jadi ini adalah sebab mengapa pengasingan adalah penting untuk menyaring mereka yang positif dan kami melayan mereka secara sama rata dari segi pemberian makanan, saringan percuma dan untuk selama 14 hari di hospital MAEPS.

Iklan

"Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina hospital sementara untuk merawat pesakit (Covid-19),” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di sini hari ini,

Menurutnya, warga asing yang tidak memiliki dokumen dan didapati positif ditahan di pusat akademi imigresen di Port Dickson untuk diasingkan selama 14 hari sebelum menjalani ujian buat kali kedua.

Iklan

"Sebaik sahaja mereka didapati positif, kami perlu memasukkan mereka ke hospital dan mengasingkan serta merawat mereka di sana.

"Pendatang asing tanpa izin akan diuruskan Jabatan Imigresan di DTI dan yang paling penting ialah memastikan mereka adalah negatif dan menghantar mereka pulang secepat mungkin.

"Bagi pendatang asing yang mempunyai dokumen sah, apabila ujian ke atas mereka didapati negatif, kami melepaskan mereka seperti warga tempatan selepas PKPD,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai kebajikan dan perumahan untuk pekerja asing memandangkan peningkatan ketara dalam kes komuniti kebanyakannya berpunca daripada kediaman yang sesak.

"Dalam kes itu, kami sudah berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat kepada akta berkenaan untuk memastikan mereka (majikan) menjaga kebajikan dan tempat penginapan pekerja asing,” kata beliau.

Ditanya mengapa jumlah kes yang tidak menunjukkan gejala adalah tinggi, Dr Noor Hisham berkata, ini adalah kerana pendekatan saringan bersasar dalam kawasan di bawah PKPD dan separa PKPD.

"Setakat semalam, daripada 8,674 kes positif, 6,092 kes (70.25 peratus) adalah tidak bergejala dan 2,282 kes (29.75 peratus) bergejala.

"Setiap orang yang berada di dalam PKPD dan separa PKPD disaring dan oleh itu lebih ramai pesakit tidak bergejala dikesan," katanya.

Menurutnya, KKM akan terus meningkatkan pemantauan dan saringan ke atas Severe Acute Respiratory Infections (SARI), Influenza-like-Illnesses (ILI) dan saringan prapembedahan. - Bernama