MANCHESTER - Seorang kanak-kanak sanggup mempelajari bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan penghantar barang cacat pendengaran sebagai tanda penghargaan serta ucapan terima kasih.
Sebelum ini, Tallulah, 8, memberi sebuah lukisan kepada Tim Joseph setiap kali lelaki itu menghantar barang di rumahnya di Ashton-Under-Lyne, Manchester, lapor Metro.co.uk.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, keinginan untuk berkomunikasi dan bermesra dengan Joseph, akhirnya, Tallulah mempelajari bahasa isyarat semasa berada di rumah sepanjang perintah berkurung dilaksana.
Video menyentuh hati itu telah dimuat naik oleh ibunya, Amy Roberts di media sosial yang turut berasa bangga dengan kemampuan anaknya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat untuk menyapa Tim dan mengucapkan selamat pagi.
"Persahabatan yang dibina semasa perintah berkurung, di mana kita boleh menjadi lebih baik," katanya.
Paparan video itu juga menunjukkan, Joseph terkejut apabila melihat pertama kali Tallulah boleh menggunakan bahasa isyarat dan membuatkan dia terharu.
Mereka kini saling bergurau dan berbalas bahasa isyarat setiap kali bertemu.