KPDNHEP, Shopee lancar Kempen Beli Barangan Malaysia

Iklan
Alexander (tiga dari kanan) pada majlis perasmian KBBM@Shopee dan pelancaran Buy Malaysia Circle di ibu pejabat Shopee Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Shopee Malaysia telah melancarkan KBBM@Shopee bagi membantu mempertingkatkan keberkesanan Kempen Beli Barangan Malaysia 2020.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kempen yang berlangsung sehingga Disember itu kembali lagi di platform tersebut untuk tahun kedua dengan tawaran lima kali ganda berbanding tahun lepas.

Iklan
Iklan

Katanya, ia melibatkan pelbagai segmen peruncitan seperti barang runcit, kecantikan dan kesihatan, fesyen dan pakaian, keperluan isi rumah, permainan, buku dan hobi, barangan sukan, automotif dan tawaran dari sektor perkhidmatan seperti makanan serta minuman.

"Kerjasama ini perlu untuk memacu pendigitalan perniagaan di Malaysia, khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memastikan ekonomi domestik tidak ketinggalan.

Iklan

"Kedua-dua sektor ini memainkan peranan untuk menangani keadaan ekonomi yang mencabar dengan melaksanakan strategi kerajaan serta menawarkan penyelesaian praktikal yang mampu memberi manfaat kepada peniaga dan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian KBBM@Shopee dan pelancaran Buy Malaysia Circle di ibu pejabat Shopee Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Iklan

Alexander berkata, kerjasama berterusan antara KPDNHEP dan Shopee itu didorong oleh keyakinan pihaknya susulan kejayaan dicapai pada tahun lepas di mana tempahan purata harian bagi barangan buatan Malaysia di platform tersebut meningkat sebanyak 330 peratus berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun ini, beliau berkata, Shopee ditugaskan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam merancakkan semula ekonomi pasca koronavirus (Covid-19).