Public Bank kurangkan BR sebanyak 0.25 peratus

Iklan

PUBLIC Bank akan mengurangkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 10 Julai ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, ia selaras dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus kepada 1.75 peratus pada 7 Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan diselaraskan sebanyak 0.25 peratus, berkuat kuasa pada yang sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, pengurangan 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) itu akan terus merangsang proses pemulihan ekonomi negara.

Iklan

"Public Bank komited memberi bantuan kewangan sementara berterusan kepada pelanggannya dalam tempoh mencabar yang belum pernah berlaku ini,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya akan menyemak semula BR sebanyak 25 mata asas iaitu daripada 2.77 peratus kepada 2.52 peratus, sementara BFR disemak semula daripada 5.72 peratus kepada 5.47 peratus.

Iklan

Katanya, keputusan itu sejajar dengan langkah penurunan (OPR) sebanyak 25 mata asas oleh BNM iaitu daripada 2.00 peratus kepada 1.75 peratus.