PGA rampas baju T bernilai lebih RM400,000

Iklan
Lori yang membawa pelbagai jenis bungkusan guni dan plastik yang ditahan PGA Batalion 7 Kuantan di Jalan Gual Tinggi petang semalam.

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas 9,692 helai baju T bernilai RM436,140 yang cuba 'disembunyikan' daripada membayar cukai dalam serbuan di Jalan Gual Tinggi di sini petang semalam.

Dalam serbuan jam 4 petang itu, PGA Batalion 7 turut merampas pelbagai jenis pakaian wanita bernilai RM214,690.

Iklan
Iklan

Selain itu, pemandu lori berusia 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM710,830.

Iklan

"Siasatan awal mendapati pemilik barangan tersebut disyaki cuba mengelak daripada membayar cukai kastam dengan tidak menyatakan kuantiti barang sebenar semasa membuat pembayaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PGA Batalion 7 Kuantan merampas 9,692 helai baju T bernilai RM436,140 dalam serbuan di Jalan Gual Tinggi petang semalam.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan PGA selepas menerima maklumat berkaitan dengan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Iklan

Azhari berkata, sepasukan anggota telah mengekori lori itu sejauh 5 kilometer (km) sebelum menahan kenderaan terbabit di hadapan sebuah pasar raya.

"Sejurus memperkenalkan diri sebagai anggota PGA, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas lori itu dan menemui pelbagai jenis bungkusan guni dan plastik tertera tulisan Thailand.

"Anggota meminta pemandu tersebut untuk mengemukakan dokumen resit pembayaran cukai dan invois pembelian," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap invois dan kuantiti barang didapati banyak barangan tidak disenaraikan serta wujud penipuan di dalam invois.