Kes Covid -19 dunia cecah 12 juta

Iklan
Pandemik covid-19 telah merebak ke 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu. Foto: 123RF

ANKARA - Kes Covid-19 dunia melebihi 12 juta pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu, berdasarkan data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Jumlah kematian akibat virus itu mencecah 548,822 orang, dengan angka pemulihan sebanyak 6.5 juta.

Iklan
Iklan

AS kekal sebagai negara paling teruk dijangkiti dengan lebih tiga juta jangkitan, manakala jumlah kematiannya melebihi 132,000.

Brazil, yang mencatat jumlah kes dan kematian Covid-19 terbanyak di Amerika Latin, mempunyai jumlah jangkitan kedua tertinggi di seluruh dunia lebih 1.71 juta.

Iklan

Rusia, India, Itali, Sepanyol dan United Kingdom juga antara negara paling teruk dilanda pandemik itu.

China, yang berada di bawah sifar virus, telah mencatat 84,946 kes setakat ini, termasuk 4,641 kematian dan 79,802 pemulihan.

Iklan

Pandemik itu telah merebak ke 188 negara dan wilayah sejak akhir tahun lalu. -Bernama