MPKL sita bengkel kimpalan besi warga asing

Iklan
Bengkel kimpalan besi yang diarah tutup serta-merta oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas didapati dikendalikan warga asing.

KUALA LANGAT - Sebuah bengkel kimpalan besi antara sembilan premis di Bandar Saujana Putra dan Banting di sini, yang diarah tutup serta merta oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) selepas didapati dikendalikan warga asing.

Yang Dipertua MPKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, kesemua premis termasuk lapan kedai runcit yang dikenakan tindakan sitaan tersebut didapati beroperasi secara haram.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam operasi tersebut pihaknya turut merampas mesin kimpalan, mesin timbang, tong gas dan beberapa peralatan lain di bengkel tersebut.

Tong gas, beras, alat penimbang, mesin juruwang, payung dan khemah antara barangan dirampas di kedai runcit yang diserbu.

Katanya, turut dirampas tong gas, beras, alat penimbang, mesin juruwang, payung dan khemah di kedai runcit yang diserbu.

Iklan

"Penguat kuasa MPKL menyita bengkel kimpalan besi di Bandar Saujana Putra selepas didapati ia beroperasi tanpa lesen MPKL.

"Terdapat seorang pekerja warga Bangladesh berada di dalam premis ketika pemeriksaan dibuat.

Iklan

"Premis tersebut ditutup serta merta di bawah UUK 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohamad Zain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis milik warga asing yang menjalankan perniagaan sehingga mengganggu aktiviti perniagaan warga tempatan.

"Sudah tiba masanya MPKL menjalankan operasi besar-besaran terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjalankan perniagaan di daerah ini,” katanya.