Air Terjun Lata Lembu

Iklan
Seorang pendaki menikmati pemandangan indah Air Terjun Lata Lembu. Air terjun yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Hutan Lipur Lata Mengkuang mungkin agak asing bagi penggemar sukan lasak khususnya yang sukakan cabaran meredah hutan untuk menikmati keindahan alam sekitar. Tidak ramai yang mengetahui destinasi eko-pelancongan yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Bandar Sik ini mempunyai keunikan tersendiri dan berbaloi untuk dilawati kerana keindahan alam semula jadinya yang masih belum terusik jika dibandingkan kawalan eco-pelancongan lain. - Foto Bernama