KOTA BHARU - Dua beradik perempuan berusia 9 dan 12 tahun yang hilang selepas keluar mencari bapa sejak tiga hari lalu ditemui di Narathiwat, Thailand, hari ini.
Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan Siti Nur Insyirah, 9, ditemui orang awam yang kemudian menghantar dua beradik itu ke balai polis.
Iklan
Iklan
Ibu mereka, Nazimah Abdullah, 33, berkata dia mengetahui anak ketiga dan keempat itu dijumpai pada jam 7.30 malam selepas menghubungi suaminya, Seman Omar, 37.
"Dia (suami) memaklumkan sudah menemui mereka. Dia juga memberitahu sudah mengambil dua anak kami dan mereka ditemui selamat.
"Saya tidak dapat tidur kerana risaukan mereka. Saya rasa lega kerana mereka sampai ke kampung bapanya di Golok,” katanya kepada pemberita.
Sinar Harian semalam melaporkan, dua beradik itu hilang dari rumah mereka di Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, di sini, selepas untuk mencari ayah mereka yang berada di Golok, Thailand.
Mereka dua beradik hilang selepas keluar dari rumah mereka pada jam 4 petang Ahad lalu.