KEPALA BATAS - Empat lelaki berusia di antara 37 tahun hingga 52 ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan judi loteri awam haram dan judi dalam talian melalui Ops Dadu di sekitar Kepala Batas dan Butterworth semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati menjalankan kegiatan judi loteri awam haram manakala satu lagi sebagai lokasi kegiatan judi dalam talian.