Padah hina tugas anggota bomba

Iklan
Individu terbabit difahamkan hadir ke Balai Bomba Jalan Perak dan memohon maaf atas tindakannya.

GEORGETOWN - Siasatan berhubung seorang lelaki yang telah meminta maaf kerana menghina tugas anggota Bomba akan dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang(JBPM).

Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh mengenai permohonan maaf yang dibuat individu berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengarahnya Saadon Moktar berkata pihak Bomba mempunyai akta tersendiri dan boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana individu.

"Pihak Bomba boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana mencaci, mengganggu dan menghalang tugas.

Iklan

"Difahamkan individu tersebut ada datang dan bertemu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak untuk memohon maaf," katanya.

Katanya, pihaknya akan pertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan lanjut atau sebaliknya.

Iklan

"Pihak Bomba berharap selepas ini tiada lagi mana-mana individu yang mengkritik atau membuat sebarang komen di media sosial ketika pasukan penyelamat sedang melakukan kerja dan operasi," katanya.

Terdahulu, seorang individu didapati mengeluarkan kenyataan kurang sopan dalam laman sosial Facebook.

Individu terbabit bagaimanapun difahamkan hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan meminta maaf berhubung tindakannya itu.