Buka sekolah cabaran besar KKM: Dr Adham

Iklan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika merasmikan majlis pecah tanah Projek Kuarters Kakitangan Kesihatan di Jalan Tanjung Teras, Membidai hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Pembukaan semula sekolah secara berperingkat bermula 15 Julai ini merupakan satu lagi ujian besar yang perlu dihadapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Justeru, katanya, peranan semua pihak amat diperlukan bagi mengelakkan wujud kluster sekolah.

Iklan
Iklan

"Kita tidak mahu ada kluster sekolah. Oleh itu, kepatuhan kepada apa yang digariskan dalam kebiasaan baharu ini amat perlu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, pihak yang berkenaan juga harus melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan pelajar, guru dan mereka yang berkenaan terjamin.

Iklan

Mengenai pertemuannya dengan Mohd Shafie, beliau berkata kunjungan itu bertujuan memaklumkan Mohd Shafie selaku ketua kerajaan Sabah mengenai situasi terkini Covid-19 di negara ini, khususnya di Sabah.

"Ketua Menteri Sabah sangat memahami bagaimana penularan Covid-19 ini perlu dielakkan, segala perkara yang patut dilakukan telah dilaksanakan di peringkat negeri ... ini bermakna Ketua Menteri sangat proaktif.

Iklan

"Untuk masalah keselamatan negara, kita perlu ketepikan segala perbalahan dan apa juga motif-motif lain ... sebab itu kita kena bina hubungan baik dan dengan hubungan baik ini kita berjaya melawan wabak ini,” katanya. - Bernama