Budak 3 tahun ditinggal ibu mati kelaparan

Iklan
Kakehashi ditahan polis kerana perbuatan kejam meninggalkan anak sendirian hingga maut. - Foto The Japan Times

TOKYO - Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati selepas ditinggalkan berseorangan dan kelaparan oleh ibunya di sebuah rumah di sini.

Menurut The Japan Times, Noa ditemui tidak bernyawa oleh ibunya selepas pulang ke rumah itu setelah ke luar wilayah untuk bertemu teman lelakinya.

Iklan
Iklan

Siasatan dijalankan mendapati Saki Kakehashi, 24, mengakui tiada niat untuk membunuh anaknya dan wanita ini dipercayai mengurung anaknya selama lapan hari.

Polis memberitahu, punca kematian dilaporkan akibat dehidrasi dan kelaparan.

Iklan

Kakehashi sudah bercerai dengan suaminya beranggapan anaknya dalam keadaan baik meskipun ditinggalkan sendirian.

"Dia memberitahu polis, mahu bertemu teman lelaki dan beranggapan anaknya dalam keadaan baik meskipun tinggal sendirian di pangsapuri di Tokyo.

Iklan

"Perjalanan ke rumah teman lelaki mengambil masa dua jam.

"Kini Kakehashi ditahan Selasa lalu selepas mengakui kesalahannya," katanya.