KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki bertindak agresif dengan mengacukan parang kepada anggota polis yang ingin menangkapnya selepas disyaki mencuri pisang penduduk kampung, dalam kejadian di Manir, di sini, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 malam selepas kediaman suspek, 30-an, di Kampung Banggol Tok Esah, Manir, diserbu polis sejurus menerima aduan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.
Menurut sumber, penduduk kampung mensyaki suspek antara individu bertanggungjawab dengan aktiviti mencuri tanaman milik orang kampung terutamanya pisang sejak kebelakangan ini.
"Setibanya anggota di rumah tersebut, suspek ketika itu sedang berdiri di hadapan pintu dapur rumah sebelum anggota berkenaan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa Polis Diraja Malaysia.
"Ketika anggota membuat pemeriksaan terhadap suspek, tiba-tiba lelaki itu bertindak agresif mencapai sebilah parang sebelum mengugut 'aku parang gok mu ni'," katanya.
Sumber berkata, suspek semakin agresif apabila cuba menghayun senjata tajam itu ke arah anggota terbabit sebelum memberi arahan agar suspek memberi kerjasama, namun tidak diendahkan.
"Suspek seolah dirasuk apabila bertindak melibas parang ditangannya secara rambang agar polis tidak dapat mendekatinya.
"Sambil melibas, suspek turut mengugut dan berkata 'mu masuk, aku parang mu'," katanya.
Jelas sumber, disebabkan situasi tidak terkawali, anggota terlibat terpaksa mengalah dan pulang ke balai sebelum membuat laporan untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, suspek yang akhirnya berjaya ditahan di reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff.