Solksjaer yakin United bangkit

Iklan
Pemain United meraikan jaringan Bruno Fernandes pada perlawanan berkenaan. - foto: www.passionepremier.com

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin skuad The Red Devils itu akan kembali bangkit dan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas ini.

Keyakinan itu disuarakan Solskjaer setelah menyaksikan kesebelasan anak didiknya itu menewaskan Aston Villa 3-0 di Villa Park, semalam.

Iklan
Iklan

Malah menurut Solksjaeir, berdasarkan kepada prestasi pasukan hari ini dan juga beberapa minggu lalu ia menunjukkan petanda yang sangat baik selain menepati standard pasukan berkenaan.

"Kami berbangga dengan pencapaian ini, dan mahukannya kecemerlangan ini berterusan sebagaimana yang sering kami bincangkan bersama.

Iklan

"Ketika latihan dan sebelum perlawanan kami sering katakan bahawa inilah Manchester United; sebuah kelab besar yang sentiasa mahu mencatatkan kejayaan,” katanya.

Pada aksi berdepan Villa itu, bintang Portugal Bruno Fernandes membuka jaringan buat United menerusi sepakan penalti pada minit ke-27 sebelum Mason Greenwood menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Iklan

Bintang Perancis, Paul Pogba kemudiannya melengkapkan kemenangan United dengan gol ketiga pada minit ke-58.

Untuk rekod, kemenangan United itu menyaksikan pasukan berkenaan melebarkan rekod kemenangan sebanyak 17 kali berturut-turut dalam semua pertandingan musim ini selain muncul pasukan EPL pertama yang mencatat kemenangan dengan tiga gol atau lebih menerusi empat perlawanan berturut-turut.

Sementara itu Solskjaer berkata, mengakui kegagalan United untuk memenangi sebarang trofi musim ini memberikan gambaran bahawa pasukan berkenaan perlu terus bekerja keras selepas ini.

"Mungkin kali ini kita perlu memikirkan mengenai kata-kata Paul Pogba bahawa segala rekod kejayaan pasukan tidak akan bermakna sekiranya gagal memenangi trofi EPL.

"Ya, saya akui kami sebuah pasukan yang gagal musim ini. Kami gagal memenangi trofi EPL, tetapi itulah matlamatnya untuk kami terus bekerja kerana ada banyak perkara yang perlu dilakukan,” katanya.