KUALA LUMPUR - Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) ingin membantu membina komuniti yang berdaya tahan melalui inisiatif Komuniti We Care Allianz.
Kantar, sebuah syarikat terkemuka untuk data, pandangan dan perundingan baru-baru ini telah membuat tinjauan pada 16 pasaran di Asia (termasuk Malaysia) untuk mengetahui kesan koronavirus (Covid-19).
Laporan itu menyatakan, semasa fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 55 peratus rakyat Malaysia bimbang akan keselamatan kewangan manakala 35 peratus bimbang akan kesihatan.
Laporan itu turut mencatatkan 21 peratus rakyat Malaysia yang tiada rancangan untuk membeli insurans akan memikirkan untuk membelinya dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross berkata, peranan mereka sebagai penanggung insurans lebih daripada sekadar menyediakan perlindungan.
Katanya, ia tentang membina komuniti yang inklusif dan berdaya tahan yang boleh bertindak balas dalam situasi buruk secara bersama.
"Ia juga tentang menyediakan nilai utuh dan menangani masalah nyata dalam keadaan yang tidak menentu,” kata.
Gross berkata, PKPP akan membantu rakyat Malaysia kembali kepada sedia kala tetapi pada masa sama mereka turut risau tentang kesihatan dan keselamatan kewangan mereka.
"Covid-19 telah mengejutkan semua pihak dan masih banyak soalan yang tidak terjawab. Kami ingin bantu mengurangkan keraguan dan insekuriti tersebut. Jadi, tujuan membina komuniti berdaya tahan dan menyediakan nilai utuh sangat penting berbanding dahulu,” tambah Gross.
Justeru, katanya, Allianz Malaysia menyediakan program Komuniti We Care Allianz untuk menyokong dan meyakinkan rakyat Malaysia dalam keadaan semasa dan selepas wabak Covid-19.
Inisiatif pertama program itu adalah menyediakan manfaat Covid-19 percuma termasuk akses kepada talian pertanyaan perubatan pelanggan dan bukan pelanggan.
Inisiatif itu juga akan membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima tiga jenis manfaat Covid-19 secara percuma.
Setiap kategori manfaat (Standard, Advanced and Premium) boleh digunakan bermula 1 Jun hingga 31 Disember 2020, termasuk pelepasan tunai selepas diagnosis Covid-19 dan kemasukan ke hospital serta manfaat kematian kerana Covid-19.
"Melalui Komuniti We Care Allianz, kami mahu rakyat Malaysia yang risau tentang senario paling buruk supaya berasa yakin dan selamat dalam keadaan norma baharu ini.
"Kami ingin yakinkan bahawa Allianz satu jenama yang boleh dipercayai, menyediakan nilai dan sentiasa membantu ketika diperlukan,” jelasnya.
Manfaat Kepada Pelanggan Allianz
- Kategori Premium (hingga RM6,000 perlepasan tunai; hingga RM20,000 manfaat pembayaran kematian sekali gus).
- Kategori Lanjutan (hingga RM4.000 perlepasan tunai; hingga RM20,000 manfaat pembayaran kematian sekali gus).
- Kategori Biasa (hingga RM1,000 perlepasan tunai; hingga RM8,000 pembayaran kematian sekali gus).
Manfaat Bukan Pelanggan Allianz Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Allianz Malaysia Berhad melalui customer.service@allianz. com.my atau di talian 1-300- 22-5542, dari Isnin - Jumaat antara 8 pagi hingga 8 malam.