Celcom tawar akses YouTube tanpa had dengan kualiti video terbaik

Iklan
Celcom menawarkan akses YouTube tanpa had dan kualiti video terbaik berserta internet berkelajuan tinggi. (Gambar kecil: Roy Ong)

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan akses YouTube tanpa had dan kualiti video terbaik berserta internet berkelajuan tinggi sehingga 16GB pada harga serendah RM38 melalui pelan pascabayar XP Lite.

Celcom berkata, pelan berkenan membolehkan pengguna pelan itu dengan pas L atau M menonton video YouTube kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa kekangan had data.

Iklan
Iklan

"XP Lite membolehkan pelanggan menikmati YouTube berdefinisi standard (SD) tanpa henti dan internet 8GB dengan pas M XP Lite pada harga RM38 sebulan.

"Untuk pengalaman menonton tanpa henti, pelanggan boleh memilih YouTube berdefinisi tinggi (HD) tanpa had dan internet berkelajuan tinggi 16GB dengan pas L XP Lite pada harga RM58 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Selain itu, katanya, pelanggan XP Lite dengan pas L bebas memilih salah satu daripada tiga telefon pintar percuma seperti Samsung Galaxy A01, Oppo A12 atau Vivo Y11 untuk menonton kandungan kegemaran mereka dalam HD di YouTube.

"Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih iPhone 7+ 128GB serendah RM60 sebulan melalui pelan EasyPhone.

Iklan

"Sebagai tambahan, bermula dari 9 Julai hingga 12 Ogos, pengguna yang melanggan pas M atau L melalui Celcom Online Shop berpeluang memenangi pas XP Lite percuma selama setahun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, Roy Ong berkata, pelan pascabayar XP Lite, telah diinovasi dan dikemaskini khusus untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu, katanya, pelanggan XP Lite tidak perlu risau jika kehabisan internet ketika melakukan penstriman dan menonton video HD YouTube.