Al Jazeera nafi dakwaan dokumentari tidak adil

Iklan
Al Jazeera nafi dakwaan dokumentari tidak adil. - Foto AFP

DOHA - Rangkaian Media Al Jazeera menafikan dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa satu dokumentari siasatan disiarkan pada minggu lalu mengenai tangkapan sejumlah pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen ketika wabak koronavirus 19 (Covid-19) sedang berlaku adalah sebagai tidak tepat.

Menurut rangkaian media itu pada 9 Julai lalu, dalam dokumentari pendek itu yang berjudul Locked Up in Malaysia's Lockdown yang disiarkan pada 3 Julai lepas, Al Jazeera 101 East menyiasat penderitaan yang dialami beribu-ribu pekerja asing tidak memiliki dokumen sah dan ditangkap ketika serbuan dilakukan di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Beberapa pegawai Malaysia dan televisyen kerajaan mengkritik laporan itu dengan mendakwa ia tidak tepat, tidak adil dan mengandungi maklumat salah.

Menteri Pertahanan Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak supaya Al Jazeera meminta maaf kepada rakyat Malaysia dengan berkata, dakwaan perkauman dan diskriminasi terhadap pekerja asing tanpa dokumen itu adalah tidak benar.

Iklan

Polis Malaysia mengumumkan bahawa satu siasatan terhadap kakitangan Al Jazeera berhubung kemungkinan dakwaan hasutan, fitnah dan pelanggaran Akta Multimedia dan Komunikasi Malaysia.

Badan penyiaran yang berpangkalan di Qatar itu pada Khamis lalu berkata, ia berpegang kepada etika kewartawanan yang profesional, kualiti dan kesaksamaan selain memberi amaran tentang kebimbangan serius keadaan yang berlaku di Malaysia sejak dokumentari tersebut disiarkan.

Iklan

Ketika dokumentari itu menumpukan tentang penderitaan para pekerja asing, ia turut mengetengahkan kejayaan Malaysia dalam menangani Covid-19 dan usaha-usaha kemanusiaan daripada pertubuhan-pertubuhan Malaysia bagi menyediakan bantuan kepada pekerja asing yang memerlukan, kata rangkaian media tersebut. - Agensi