Perancang bandar mengaku salah hina Sultan Muhammad V

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang perancang bandar bebas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dua tahun lalu.

Nazaruddin Mohamad, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Nazaruddin selaku Orang Kena Saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik menerusi profil Facebook menggunakan nama Nazaruddin Mohammad dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan dilakukan pada jam 12.33 tengah malam pada 13 Mac 2018 dan kenyataan jelik itu dibaca pada jam 10 pagi, 27 Mac 2018 di Menara A Pandan Kapital.

Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM50,000 atau dipenjara sehingga tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh

Iklan

boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohamad Adzhar, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Iqbal Ismail.

Terdahulu, Norhani berkata, tiada jaminan dikenakan ke atas OKS dengan alasan memberi kerjasama yang baik.

Edwin menetapkan 10 Ogos depan sebagai keputusan bagi kes ini.