Semua perniagaan boleh difrancais

Iklan
Shahrul Azlan Mohd Zulkifli

SHAH ALAM - Semua bidang perniagaan berpotensi untuk difrancais bagi memperluaskan pasaran jenama masing-masing selain memberi peluang kepada usahawan lain menjana pendapatan sebagai francaisi.

Sehubungan itu Penasihat Francais Bebas, Shahrul Azlan Mohd Zulkifli menyarankan pengusaha perniagaan memanfaatkan sistem rangkaian francais dengan memulakan langkah mendaftar sebagai francaisor di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Iklan
Iklan

Ujarnya, sistem francais bagi jenama tempatan bermula pada 1998 dan selepas lebih 21 tahun terdapat banyak jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran luar negara.

"Rangkaian pemasaran (francais) jenama tempatan sudah berada di satu usia dewasa tetapi belum lagi matang.

Iklan

"Kita telah lalui fasa permulaan bila semua pihak pemegang taruh sama-sama belajar supaya ekosistem dalam industri ini lebih bersedia ke hadapan termasuk PNS yang terus beri bantuan dan memperkasakan syarikat francais tempatan.

"Dulu kita fokus melahirkan lebih banyak jenama tempatan tetapi kerajaan juga sedar untuk memperbesarkan lagi sampai ke luar negara,” katanya selaku panel pada program Sinar Khas LIVE bertajuk Webinar BizFrancais: Sistem Francais dan Kelebihan di Auditorium Karangkraf Seksyen 15 di sini malam tadi.

Iklan

Program yang disiarkan secara langsung di semua platform media Sinar Harian itu turut membariskan panel, Ketua Jabatan Pembangunan dan Pemasaran Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Md Nazid Mohd Noor dan Pengurus Operasi MD Foodstuff Sdn Bhd (MD Putu Bambu World), Mohamad Hassan.

Menurut Shah Azlan berkata, perniagaan yang sedang berkembang perlu mempunyai sistem manual operasi yang didokumenkan terutama bagi pengusaha yang mempunyai beberapa kedai cawangan.

Katanya, perkara tersebut merupakan syarat wajib bagi peniaga yang ingin mendaftar sebagai francaisor dalam usaha memperkemaskan pasukan pengurusan yang terlatih.

"Langkah pertama jumpa PNS, tidak kisah baru peringkat setahun atau dua tahun berniaga. PNS ada pelbagai cara untuk membantu kembangkan perniagaan.

"Kemudian baru jumpa saya (perunding bebas) untuk khidmat nasihat mengenai pengurusan francais. Sekarang sudah ramai konsultan berbanding 10 tahun lalu,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menjadi francaisi, beliau menasihatkan supaya mengenal pasti produk yang sesuai dengan minat dan kemampuan serta merujuk kepada francaisor produk terbabit.