Pendapatan kaum Cina lebih tinggi berbanding kaum lain

Iklan
Pada masa sama, ketiga-tiga kumpulan etnik mencatatkan peningkatan bagi kelas pendapatan RM20,000 dan ke atas. Foto: 123RF

PUTRAJAYA - Secara purata pendapatan kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum lain di Malaysia dengan nilai RM9,895 sebulan.

Kaum India pula menduduki tempat kedua dengan pendapatan purata RM8,216 sebulan, diikuti kaum Bumiputera sebanyak RM7,093 sebulan.

Iklan
Iklan

Menurut hasil laporan Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan, Ketaksamarataan, Perbelanjaan, Kemudahan Asas, kaum Cina turut merekodkan pendapatan penengah tertinggi dengan nilai RM7,391, sementara kaum India dan Bumiputera masing-masing mencatatkan pendapatan penengah sebanyak RM5,981 dan RM5,420.

"Seperti strata, kelas pendapatan yang mencatatkan peratusan tertinggi antara etnik juga adalah isi rumah yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,999 iaitu 27.0 peratus bagi Bumiputera, 18.9 peratus bagi etnik Cina dan 24.0 peratus bagi etnik India," katanya laporan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan di sini hari ini.

Iklan

Bagaimanapun, peratusan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM6,000 bagi kesemua kumpulan etnik masing-masing mencatatkan penurunan.

Pada masa sama, ketiga-tiga kumpulan etnik mencatatkan peningkatan bagi kelas pendapatan RM20,000 dan ke atas.

Iklan

"Namun begitu, etnik Cina merekodkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 8.7 peratus, diikuti oleh etnik India dan Bumiputera masing-masing merekodkan peratusan sebanyak 5.5 peratus dan 3.3 peratus," ujarnya.