Pinda audit 1MDB: Jangan khianat rakyat!

Iklan
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR - Pindaan terhadap laporan audit berkaitan 1MDB seperti didedahkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, mereka terlibat perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

Iklan
Iklan

"Jika benar apa yang dikata Tan Sri Madinah, yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pihak lain arah laporan audit 1MDB diubah, maka arahan-arahan ini adalah satu pengkhianatan kepada rakyat.

"Saya pohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat dan jika benar, mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya di Twitter hari ini.

Iklan

Madinah hari ini dalam satu kenyataan berkata, perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Menurut Madinah, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Nama Jho Low diarah gugur dari laporan akhir 1MDB]