Pusat kuarantin MAEPS tamat operasi Rabu depan

Iklan
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bakal menamatkan operasinya, Rabu depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan pesakit Covid-19 terakhir di pusat berkenaan telah dibenar pulang hari ini.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, dengan rasminya pusat ini akan menamatkan operasinya pada 15 Julai depan," katanya.

Menurutnya, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba turut berpeluang melihat proses discaj pesakit terakhir di pusat tersebut.

Iklan

"Pesakit berkenaan dikuarantin selama 14 hari selepas didapati positif Covid-19 ketika membuat saringan untuk kembali bekerja," katanya.

Beliau berkata, pusat kuarantin yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah berjaya merawat seramai

Iklan

1,362 orang pesakit sejak ia beroperasi 16 April lalu.

"Majoriti pesakit terdiri daripada 86 peratus warga asing dan 14 peratus warga tempatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, operasi pusat kuarantin itu merupakan kolaboratif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Malaysia Genome Institute dan MAEPS.

"Pihak KKM ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan daripada semua

agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perlaksanaan operasi pusat ini," katanya.