Dakwa dilayan seperti binatang, Rayhan Kabir digesa tampil

Iklan
Md Rayhan Kabir

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir tampil untuk membantu siasatan polis berhubung isu dokumentari 'Locked Up In Malaysia’s Lockdown' yang diterbitkan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera.

Menurutnya, polis telah berusaha untuk mengesan lelaki terbabit dengan mendapatkan maklumat daripada rakannya.

Iklan
Iklan

"Kita sudah cari di alamat tempat tinggalnya, dia tiada.

"Sila tampil, usah hilangkan diri. Saya mahu keterangannya dan saya jamin keselamatannya," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Iklan

Beliau berkata, polis mahu Rayhan menjelaskan maksud disampaikan dalam dokumentari berkenaan yang mendakwa pihak berkuasa negara ini melayan migran seperti binatang.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya sedang memburu Md Rayhan berusia 25 tahun dan alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Iklan