Padah tak letak tanda harga

Iklan
KPDNHEP Selangor mengeluarkan kompaun berjumlah RM3,000 dalam operasi di tiga buah premis kerana gagal mempamerkan tanda harga.

SHAH ALAM - Tiga peniaga di Subang Jaya dan Puchong termasuk seorang warga Indonesia dikenakan kompaun RM3,000 kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, ketika pemeriksaan yang bermula jam 12 tengah hari itu, mendapati ada barang kawalan yang tidak diletakkan tanda harga termasuk gula dan gas memasak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu kompaun serta-merta sebanyak RM1,000 dikenakan.

"Kita khuatir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan kawalan ini melebihi harga yang ditetapkan kerana tidak mempamerkan tanda harga bagi barangan tersebut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Untuk makluman harga yang ditetapkan bagi gula putih bertapis kasar adalah RM 2.85 manakala gas memasak (LPG) bersaiz 14 kilogram ialah RM26.60.

Operasi dilakukan oleh tiga anggota KPDNHEP diketuai pegawai, Azwandi Miswan

Iklan