PUTRAJAYA - Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, maklumat itu diperoleh susulan notis dikeluarkan KPDNHEP di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada 310 peniaga ekoran rungutan orang awam yang mendakwa berlakunya kenaikan harga ayam di peringkat peruncit.