Zainuddin dilantik Pengarah JSJK Bukit Aman

Iklan
ZAINUDDIN

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa 10 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad menerusi satu kenyataan arahan pertukaran pegawai kanan PDRM hari ini berkata, Zainuddin menggantikan Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib pada 28 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Jawatan Pengarah JSJK Bukit Aman kini dipangku Timbalan JSJK Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Turut terlibat dalam arahan pertukaran terbaharu itu ialah Pegawai Turus Perundangan/Naziran, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, DSP Tium Ming Kung yang dilantik sebagai Ketua JSJN Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan.

Iklan
Iklan

Selain itu, Pegawai Turus Pengangkutan, Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi Johor, DSP Lye Boon Choy pula akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Johor dengan memangku pangkat Superintendan - Bernama