Isu Jata Negara: Polis cari editor buku

Iklan
Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan editor buku 'Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope' yang mencetuskan kontroversi selepas gambar pada kulit buku berkenaan didakwa menghina Jata Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah merakam keterangan pelukis, penerbit dan pencetak buku berkenaan.

Iklan
Iklan

"Siasatan masih dijalankan dan proses merakam keterangan beberapa penulis yang menyumbang artikel untuk buku berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, kita masih berusaha mengesan editor buku terbabit,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman semalam.

Iklan

Abdul Hamid berkata, siasatan berhubung penerbitan buku berkenaan dimulakan sejak 29 Jun lalu susulan beberapa laporan polis yang diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negara.

Katanya, siasatan mendapati sebanyak 1,000 naskhah dicetak dan polis telah merampas 313 naskhah baki buku yang belum terjual.

Iklan

Baru-baru ini, buku tersebut tular di laman Facebook selepas muka hadapannya memaparkan lukisan mirip Jata Negara dengan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan segera berhubung perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima 21 laporan kes hina Jata Negara

KDN arah polis siasat kes ubah Jata Negara

Penerbit buku didakwa hina Jata Negara mohon maaf

Siasat individu hina Jata Negara bawah Akta Hasutan

Isu Jata Negara: Polis serbu syarikat, rampas 313 naskah