Askar dituduh cabul anak 5 tahun

Iklan
Tertuduh dibawa keluar Mahkamah Sesyen, hari ini, selepas mengaku tidak bersalah cabul anak perempuannya.

IPOH - Seorang tentera mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini terhadap pertuduhan mencabul anak perempuannya berusia lima tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 30 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa mencabul anak perempuannya itu di sebuah rumah Bandar Baru Putra, Ipoh pada Disember lalu dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh sehingga tiga tahun.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh atas faktor keselamatan serta dikhuatiri mengganggu mangsa.

Iklan

Suspek yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan diberikan dengan alasan masih berkhidmat sebagai tentera dengan pangkat koperal di Kem Jalan Tambun.

Julie Lack bagaimanapun tidak membenarkan jaminan serta menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.