Premis tawar judi online digempur

Iklan
Antara individu ditahan dalam operasi berkenaan.

SERDANG - Beroperasi secara sorok-sorok bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, namun taktik itu tidak menjadi selepas premis yang menawarkan kegiatan perjudian online itu diserbu polis.

Ops Dadu oleh sepasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor di Taman Kinrara, Puchong, di sini, kelmarin itu dijalankan hasil maklumat dan risikan.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 10 malam.

"Seramai enam individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan.

Iklan

"Dua daripada mereka adalah wanita Indonesia disyaki pekerja premis, manakala yang lain adalah penjaga serta pemain," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khaizam berkata, beberapa barang telah dirampas seperti tablet, telefon bimbit, modem dan wang tunai.

Iklan

Tambahnya, pihaknya percaya premis disyaki telah aktif sejak seminggu lalu ini menyediakan tab kepada pelanggan untuk bermain judi online.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.