DBKL sita kasut, telefon bimbit terpakai dijual warga asing

Iklan
Warga Myanmar dan Indonesia yang didapati menjalankan perniagaan kasut serta telefon bimbit terpakai di Pasar Karat Chinatown pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Puluhan kasut dan telefon bimbit terpakai yang dijual dua peniaga warga asing di Pasar Karat Chinatown Jalan Sultan berhampiran Jalan Petaling, di sini dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya menjalankan pemantauan di lokasi pada jam 6.45 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil rondaan dan pemantauan mendapati terdapat 150 peniaga menjalankan perniagaan di sekitar pasar tersebut.

"Pemeriksaan mendapati dua peniaga bukan warganegara yang berniaga di lokasi pasar karat terbabit.

Iklan

"Seorang daripadanya yang merupakan warga Indonesia menjual telefon terpakai, manakala seorang lagi warga Myanmar menjual kasut terpakai.

"Tindakan rampasan diambil terhadap barangan jualan kedua-dua peniaga tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan