Pukul anjing laut kerana mahu bergambar

Iklan
Sekumpulan lelaki memukul, baling batu terhadap anjing laut menghampiri pantai Kaspia Wilayah Mangystau di Barat Kazakhstan.

KARAKIYA - Seekor anjing laut dipercayai pengsan selepas dipukul dan dibaling batu oleh sekumpulan pelancong semata-mata mahu mengambil gambar bersama haiwan itu di pantai Kaspia Wilayah Mangystau di Barat Kazakhstan.

Kekejaman itu sempat dirakam oleh pengunjung sebelum tular di media sosial, lapor Daily Mail semalam.

Iklan
Iklan

Klip video menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang haiwan dengan kayu dan batu ketika ia menghampiri pantai.

Menurut saksi enggan dikenali, sebaik haiwan itu pengsan mereka mengambil gambar sebelum dicampakkan semula ke dalam laut.

Iklan

Katanya, dia tidak pasti bagaimana keadaan haiwan tersebut sama ada masih hidup atau mati.

Kejadian serupa juga berlaku di bandar Aktau, 43 kilometer dari Kuryk.

Iklan

Dalam rakaman video menunjukkan pelancong membaling batu semasa anjing laut menghampiri bot mereka dan tindakan itu mendapat kecaman ramai.

Model Kazakhstan, Yevgeniya Mukasheva berkongsi klip itu dengan pengikutnya dan menulis kapsyen,"Sekiranya seekor binatang mendekati anda, itu bermakna ia mempercayai anda."

"Bagaimana anda boleh melemparkan batu ke arah anak anjing laut yang tidak berdaya dan ketawa? Adakah anda sudah hilang akal?"