Lelaki maut selepas hadir parti Covid-19

Iklan
Lelaki berusia 30 tahun menghadiri parti itu kerana ingin kepastian sama ada benar Covid-19 berjangkit atau tidak. Gambar hiasan. - Foto 123RF

TEXAS - Seorang lelaki maut dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) selepas menghadiri parti Covid-19 yang dianjurkan pesakit wabak tersebut.

Lapor ABC News, Ketua pegawai perubatan, Dr Jane Appleby dari Hospital Methodist di San Antonio, Texas di Amerika Syarikat (AS) berkata, lelaki berkenaan menghadiri parti itu kerana ingin kepastian sama ada benar Covid-19 ini berjangkit atau tidak.

Iklan
Iklan

"Sebelum meninggal dunia, lelaki berusia 30 tahun itu telah membuat kesilapan. Dia ingat virus itu main-main tapi tidak," katanya.

Menurut Dr Jane Appleby menerusi kenyataan berkata, lelaki berkenaan memberitahu jururawat mengenai parti tersebut yang dikatakan dianjurkan seseorang yang menghidap Covid-19.

Iklan

"Ideanya adalah semua orang berkumpul bersama untuk melihat sekiranya virus itu adalah benar dan sekiranya boleh dijangkiti,” kata Dr Appleby.

Beliau berkongsi kisah tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa virus tersebut boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Iklan

Katanya, kebanyakan kes Covid-19 di hospital itu membabitkan golongan yang berusia lingkungan 20-an dan 30-an.

Dr Appleby juga memberi amaran virus itu tidak mendiskriminasikan sesiapa dan menggalakkan orang ramai untuk memakai penutup hidung dan mulut dan seboleh-bolehnya kekal berada di rumah.