KLUANG - Polis daerah Kluang memburu enam lelaki yang dipercayai terbabit dengan pelbagai kejadian jenayah sejak tahun 2012 hingga pertengahan tahun ini.
Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kesemua suspek yang diburu itu berusia 20 hingga 37 tahun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kesemua suspek disyaki terlibat dalam kes berkaitan bunuh, melarikan orang, ragut dan samun berkawan tanpa senjata api serta mendatangkan kecederaan.
"Mereka yang dicari adalah Ong Jin Long, 20, dari Taman Koperasi; Lee Chee Keong21, dari Taman Datuk Amar DiRaja yang melakukan jenayah pada tahun 2020 manakala S Yathirajan, 30, dari Pekan Layang-Layang (2015) dan Muhammad Shami Ahmad, 32, dari Kampung Baru, Kluang (2015).
"Dua lagi lelaki yang berasal dari Simpang Renggam adalah K Prem Rau, 29 (2017) dan R Prabu, 37 (2012)" katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, pihaknya percaya suspek masih berada di Johor selain menetap di beberapa negeri berhampiran.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai semua suspek boleh menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran," katanya.