Bapa didakwa rogol, lacurkan anak umur 13 tahun

Iklan
Mohd Zaid Hassan - Foto Bernama

KAJANG - Seorang bapa tergamak merogol dan melacurkan anak perempuannya di sebuah rumah di sini sejak tiga tahun lalu.

Menurut sumber, kes itu diketahui oleh ibu saudara kepada remaja berusia 13 tahun itu pada awal bulan ini.

Iklan
Iklan

"Remaja itu telah menceritakan kepada makciknya mengenai perbuatan terkutuk bapanya.

"Remaja itu mendakwa bapanya membawa lelaki yang tidak dikenali ke rumah berkenaan ketika ketiadaan ibunya untuk melakukan aktiviti seks dengan bayaran yang dianggarkan RM100," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Sumber memaklumkan, mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes masih dalam siasatan.

Iklan