Peraduan Cari Milo & Menang tawar bonus simpanan RM240,000

Iklan
Peraduan Cari Milo & Menang menawarkan hadiah simpanan kewangan kepada pemenang.

MILO melancarkan Peraduan Cari Milo & Menang dengan menawarkan bonus simpanan kewangan berjumlah RM240,000 secara keseluruhan dan 168 hadiah menarik kepada pelanggan mereka khususnya pengguna produk UHT MILO.

Peraduan yang bermula pada 6 Julai sehingga 31 Ogos di seluruh Malaysia itu bakal memilih seorang pemenang hadiah utama pada setiap minggu yang bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 dan 20 pemenang hadiah sagu hati.

Iklan
Iklan

Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle (Malaysia) Berhad, Angeline Lim berkata, penganjuran peraduan berkenaan sebagai tanda bagi membalas sokongan pelanggan mereka khususnya sewaktu menghadapi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Kami harap dengan hadiah wang tunai yang ditawarkan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban pelanggan-pelanggan kami dan mendorong mereka untuk membuat simpanan kewangan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Peraduan Cari Milo & Menang menawarkan hadiah simpanan kewangan kepada pemenang.

Menerusi peraduan tersebut, Angeline berkata, ia terbuka buat semua warganegara Malaysia berumur 7 tahun ke atas iaitu mereka hanya perlu membeli produk UHT MILO bernilai sekurang-kurangnya RM4 dan melampirkan resit pembelian bersama borang penyertaan.

Beliau berkata, peserta juga perlu memberikan jawapan betul bagi setiap kuiz dipaparkan menerusi borang penyertaan berkenaan.

Iklan

"Pemenang dipilih akan menerima wang tunai yang akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan Maybank/Maybank Islamic,” katanya