Yun Peng anak baik....

Iklan
Upacara pengebumian mendiang akan dijalankan esok.

BUTTERWORTH - Yun Peng seorang anak yang baik dan mendengar kata, itu luahan seorang ahli keluarga kepada mangsa kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu.

Individu enggan dikenali itu berkata, Yun Peng ada memaklumkan kepada ibunya sebelum mendiang menghadiri sambutan hari jadinya di pulau.

Iklan
Iklan

"Dia ada bagi tau kepada mak, yang dia nak pergi sambut hari jadi di pulau, memang kalau ke mana pun dia akan beritahu keluarga.

"Mendiang seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata, kehilangannya merupakan satu ujian kepada kami sekeluarga, kami amat sedih dengan apa yang berlaku," katanya.

Iklan

Katanya lagi, upacara pengebumian akan dijalankan pada hari esok.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi Ahad lalu itu, mangsa Moey Yun Peng, 20 yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 berwarna putih di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut akibat dirempuh sebuah Toyota Vios.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: